Sebanyak 21 kes melanggar Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina telah dicatatkan di Johor setakat Khamis, menjadikannya negeri tertinggi selepas empat hari pelaksanaan skim itu yang akan berlangsung sehingga 2 Feb ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu, hanya kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas dan tiada tanda harga sahaja dikesan, manakala tiada kes melebihi harga maksimum dicatatkan.
"Keseluruhannya sebanyak 55 kes dikesan di seluruh Malaysia dengan 42 kes dilaporkan sebagai gagal menggunakan tanda harga khas dan 13 kes tiada tanda harga dicatatkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan sempena pelaksanaan skim itu di sebuah pusat membeli belah, pada Jumaat.
Kelantan menjadi negeri kedua tertinggi dengan 10 kes, diikuti Kedah (lapan kes), Negeri Sembilan (enam), Perak dan Pahang masing-masing empat kes dan Selangor dengan dua kes.
Sementara itu, Muez berkata sebanyak RM3,861.93 jumlah nilai rampasan daripada 55 kes itu manakala sejumlah RM5,900 nilai kompaun dikutip.
"Sepanjang empat hari ini, sebanyak 8,504 premis telah diperiksa dan pihak kami hanya menerima dua aduan daripada orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020
Datuk Muez Abdul Aziz melakukan pemeriksaan di sebuah pusat membeli belah, pada Jumaat. - Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Rakyat lega harga ayam tidak naik selepas subsidi ditamatkan - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rakyat sebelum ini gusar harga runcit ayam akan melonjak apabila subsidinya ditamatkan.
#SuaraMalaysia: 86 peratus bimbang kos barang makanan
Didapati 86 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.
Bekalan ayam: Jabatan Veterinar diberi seminggu kemuka cadangan pengurusan data - Annuar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam.
Bantut: Fahami situasi, kaji punca harga tinggi susu formula
Apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.
Amalkan budaya 'kira dulu, makan kemudian', elak dicaj harga tinggi di restoran
Penting buat 'pengiraan' terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan.
Kerajaan peruntuk RM5 juta tambah baik kualiti tepung gandum subsidi
Walaupun ditambah baik, harga jualan tepung gandum bersubsidi kekal dijual pada harga RM1.35 sekilogram untuk tidak membebankan pengguna.
KPDNHEP jamin bekalan ayam semasa mencukupi
Kilang pemprosesan ayam yang membekalkan ayam proses dan produk-produk berasaskan ayam diseluruh negara itu diarahkan tutup sehingga 4 Jun.
Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
Situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
'Kalau turunkan harga, belum tentu pelanggan nak datang'
Rata-rata mereka berpandangan, berkemungkinan pelanggan tidak juga berkunjung ke premis perniagaan mereka walaupun harga barangan diturunkan begitu rendah.
Pengurangan harga rokok sah mampu banteras isu penyeludupan?
Persoalannya, adakah kajian telah dibuat dengan menurunkan harga rokok sah akan mengurangkan lambakan rokok tidak sah?