awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim insurans kesihatan untuk B40 dibentang pada sidang Bajet 2019

Bernama
Bernama
05/08/2018
20:41 MYT
Skim insurans kesihatan untuk B40 dibentang pada sidang Bajet 2019
LEE: Sebagai contoh, kita akan memberikan perlindungan insurans sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini di peringkat akhir merangka pelan skim perlindungan insurans kesihatan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata skim insurans kesihatan yang dicadangkan itu akan dibentangkan di Parlimen semasa sidang bagi Bajet 2019 pada Oktober.
"Sebagai contoh, kita akan memberikan perlindungan insurans sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 setahun untuk satu keluarga bagi perbelanjaan perubatan atau caj rawatan apabila ditempatkan dalam wad.
"Skim pembayaran insurans itu akan ditetapkan pada kadar paling minimum bersesuaian dengan tahap kemampuan golongan B40, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 25 Tahun Pertubuhan Talasemia Perak di Tokong Tow Boo Keong di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang mencadangkan sistem insurans kesihatan wajib untuk rakyat di negara ini bagi menampung peningkatan kos penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#Hospital
#insurans
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kerajaan
#kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#KKM
#Lee Boon Chye
#Mohd Ismail Merican
#pelan
#perkhidmatan
#skim
#swasta
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan