awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Skim insurans lindungi pesawah ditimpa bencana diperkenal' - Tajuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/11/2016
05:54 MYT
'Skim insurans lindungi pesawah ditimpa bencana diperkenal' - Tajuddin
Menurut Tajuddin, Kementerian Pertanian sedang berbincang dengan Agro Bank untuk mewujudkan satu skim insurans dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada pesawah melindungi hasil daripada bencana. - Foto Bernama
Kerajaan akan memperkenalkan skim insurans kepada pesawah bagi melindungi hasil pertanian mereka yang ditimpa bencana.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia akan diumumkan dalam waktu terdekat.
"Kementerian sedang berbincang dengan Agro Bank untuk mewujudkan satu skim insurans dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada pesawah melindungi hasil daripada bencana, El Nino mahupun banjir," katanya.
Tajuddin menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Serai (BN), Dr. Noor Azmi Ghazali kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu tahu perancangan kementerian dalam membantu golongan pesawah yang tanamannya gagal akibat daripada kawasan tadahan air Bukit Merah kering kontang berikutan fenomena El Nino pada Mei lepas.
Jelas Tajuddin, selain wang ehsan, pesawah terbabit juga dibantu dari segi makanan, peralatan serta tempat tinggal kepada mereka yang terbabit.
Topic Berkaitan
#berita Malaysia
#insurans bencana
#Parlimen
#pesawah
#Tajuddin Abdul Rahman
#Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan