Polis menahan pemilik dan pengurus kedai haiwan Imadi Pet Global Sdn Bhd berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta.
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC S. Sasikala Devi berkata, kedua-dua lelaki berumur 55 dan 34 tahun itu berada di premis ketika serbuan dijalankan di Seksyen 14 di sini pagi tadi.
Katanya, penangkapan dibuat hasil laporan polis oleh 35 mangsa terlibat.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki tersebut juga dipercayai individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai skim pelaburan kucing berkenaan sejak Imadi Pet Global beroperasi tahun lepas.
Jelas Sasikala Devi, modus operandi skim pelaburan berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa supaya 'membeli' kucing baka import di kedai terbabit untuk dibiakkan dan mereka akan menerima ganjaran lumayan sebanyak 70 peratus daripada hasil jualan anak-anak kucing tersebut.
Siasatan mendapati mangsa diperdaya untuk 'membeli' kucing baka import antaranya 'Maine Coon', 'British Shorthair' atau 'Pedigree' pada harga RM7,000 hingga RM30,000 mengikut jenis. Kucing berkenaan akan dibiakkan dengan kucing jenis baka lain di kedai tersebut.
Bagaimanapun, selepas setahun, mangsa yang dijanjikan pulangan itu mendakwa tidak menerima apa-apa ganjaran daripada pelaburan berkenaan. Ini menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis.
Beliau berkata dua lagi cawangan premis tersebut iaitu di Johor Bahru, Johor dan Setapak, Kuala Lumpur turut diserbu serentak hari ini namun premis di ibu negara itu didapati telah ditutup sejak dua bulan lepas.
"Setakat ini, pihak polis telah menerima laporan daripada 35 mangsa di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Berdasarkan laporan polis yang diterima, jumlah kerugian dialami oleh mangsa adalah sebanyak RM1.562 juta," katanya.
Dalam kedua-dua serbuan hari ini, polis merampas pelbagai dokumen berkaitan termasuk sijil-sijil baka kucing sebagai rujukan kerana setiap kucing yang terlibat dalam skim itu dipakaikan mikrocip yang mengandungi maklumat haiwan tersebut.
Polis percaya masih ramai lagi pemilik kucing diperdaya dalam skim ini dan mereka disaran supaya tampil membantu siasatan.
Kedai haiwan ini difahamkan ada beberapa lagi cawangan namun hanya mangsa dari tiga premis sahaja yang membuat laporan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Astro Awani
Fri Jan 12 2018

Antara kucing yang ditemui ketika serbuan di Imadi Pet Global cawangan Shah Alam hari ini. - Astro AWANI

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan
Netanyahu tunggang agama, halalkan serangan baharu ke atas Gaza - Penganalisis
Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata pemilihan nama Gideon’s Chariot untuk operasi ketenteraan baharu di Gaza oleh rejim Israel ialah tindakan menunggang agama untuk memujuk penyertaan rakyatnya dalam pasukan tentera negara haram itu. #AgendaAWANI

Pengusaha taska, tadika disaran laksana saringan elak penularan HFMD
KKM menyarankan pengusaha taska dan tadika untuk melaksanakan saringan kepada kanak-kanak yang memasuki premis bagi membendung penularan kes HFMD.
Pemilihan PKR: 49 peratus bersikap neutral terhadap persaingan Izzah-Rafizi - Penganalisis
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata tinjauan menunjukkan 49 peratus masyarakat bersikap neutral terhadap persaingan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli. Jelasnya, orang ramai menganggap sebarang pertelingkahan yang berbangkit ketika ini hanyalah bersifat dalaman yang tidak menjejaskan institusi awam. #AgendaAWANI
Pemilihan PKR: Nurul Izzah mendahului Rafizi dalam tinjauan - Penganalisis
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata tinjauan pada minggu kedua kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului pencabarnya Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. #AgendaAWANI
Tidak guna Trump-Netanyahu bergaduh tetapi tidak membuahkan gencatan senjata - Penganalisis
Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin berkata ketegangan hubungan Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak ada sebarang manfaat memandangkan gencatan senjata yang diperlukan masih tidak dalam direalisasikan. #AgendaAWANI

Pendapatan tahunan Perbadanan MAINS catat peningkatan ketara - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah pendapatan tahunan Perbadanan MAINS menunjukkan peningkatan ketara sejak ditubuhkan pada 2021.

Skim pelaburan kucing tumpas
Pemilik dan pengurus kedai haiwan Imadi Pet Global Sdn Bhd ditahan polis berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta.