awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim penipuan pelaburan 'Sencapital', mangsa rugi hampir RM7 juta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/03/2023
02:00 MYT
Skim penipuan pelaburan 'Sencapital', mangsa rugi hampir RM7 juta
Bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang yang telah dilaburkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 42 laporan berhubung skim penipuan pelaburan dikenali sebagai 'Sencapital' dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM6,718,395.70.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.
"Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang dinamakan sebagai 'JP Morgan Business School'.
"Pelabur kemudian diminta mendaftar dan membeli saham yang ditawarkan melalui laman sesawang syarikat itu bagi tujuan pembayaran dan diminta membuat membuat pindahan wang ke beberapa akaun syarikat yang berbeza.
"Bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang yang telah dilaburkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Noorsiah berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis menggesa individu yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tersebut untuk tampil membuat laporan.
"PDRM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#skim penipuan pelaburan
#Noorsiah Mohd Saaduddin
#sindiket
#Sencapital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan