KUALA LUMPUR: Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar.
Syarikat yang mengurus dan melaksana Skim Perubatan MADANI, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dalam kenyataan pada Rabua memaklumkan skim itu akan diperluaskan ke Kota Bharu, Pasir Mas di Kelantan; Kuantan (Pahang); Melaka Tengah (Melaka); Seremban (Negeri Sembilan); Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis pada minggu keempat bulan ini.
Ini menjadikan keseluruhan 21 daerah yang terlibat dalam inisiatif rintis kerajaan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) itu.
Menurut kenyataan itu Fasa 1 rintis Skim Perubatan MADANI telah dilaksanakan di 10 daerah iaitu Johor Bahru (Johor); Kuala Lumpur; Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor); Kinta (Perak); Timur Laut (Pulau Pinang); Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Fasa 2 skim itu pula bermula di dua negeri iaitu Terengganu di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu manakala di Kedah melibatkan Kota Setar dan Kuala Muda, pada minggu kedua bulan ini.
Fasa rintis ini dijalankan untuk tempoh enam bulan bermula 15 Jun lepas dan akan berakhir 31 Dis depan.
ProtectHealth menyebut kumpulan sasaran bagi skim tersebut adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dalam tiga kategori kalangan B40 iaitu berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang, dengan kelayakan adalah secara automatik.
"Manfaat skim ini adalah penerima yang layak boleh menerima rawatan penjagaan kesihatan primer akut secara percuma di klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI dan tidak perlu membayar apa-apa kepada klinik," menurut kenyataan itu.
Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi demam dan selesema, cirit birit dan muntah, terseliuh, sakit kepala serta trauma ringan seperti luka ringan.
Peruntukan manfaat rawatan skim bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, warga emas (tanpa pasangan) (RM125) dan individu bujang (RM75).
Menurut ProtectHealth, manfaat skim tersebut adalah sekali sahaja sepanjang tempoh rintis (one-off) dan penerima manfaat hanya perlu membawa kad pengenalan ke klinik dan boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis digunakan.
"Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di klinik perubatan swasta kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan," menurut kenyataan itu.
ProtectHealth menyebut sejak dilancarkan, lebih 30,000 isi rumah telah mendapatkan manfaat rawatan Skim Perubatan MADANI di klinik perubatan swasta yang berdaftar.
Penerima boleh menyemak kelayakan di laman sesawang https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Fasa rintis ini dijalankan untuk tempoh enam bulan bermula 15 Jun lepas dan akan berakhir 31 Dis depan. - Foto fail/ecentral.my
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.