Pahang hari ini memperkenalkan lima tonggak baharu, termasuk empat pemain import, bagi memperkuatkan lagi pasukan itu untuk mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super dan Piala Malaysia.
Empat pemain import baharu yang menjadi sandaran skuad Tok Gajah itu ialah Faysal Shayesteh dari Afghanistan, Pablo Andres Vranjican (Argentina), Claudio Andres Meneses (Chile) dan pemain dari Brazil, Jailton De Campos Dos Santos.
Mereka menggantikan Dalibor Volas dan Naj Potokar dari Slovenia, German Pachecho (Argentina) dan Zesh Rehman (Pakistan) yang telah ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.
"Pengambilan pemain import ini dibuat berdasarkan kajian dan penelitian yang agak rapi oleh panel dan ketua jurulatih.
"Keempat-keempat pemain import baharu ini sudah berada di Kuantan lebih daripada sebulan setengah yang lepas untuk diuji," kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar V. V. Abu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa majlis pengenalan pemain baharu dan jamuan Hari Raya Aidilfitri PBNP bersama anggota-anggota majlis dan pegawai serta pemain Liga Malaysia 2016 di sini.
Akbar berkata, penamatan kontrak empat pemain import sebelum ini dilakukan setelah mendapati mereka kurang serasi bersama pemain tempatan.
"Kami juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat bekas pemain import yang telah secara sukarela bersetuju untuk ditamatkan kontrak ini," katanya.
Selain itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza Elias juga diperkenalkan sebagai penjaga gol baharu untuk memperkukuhkan lagi skuad Tok Gajah.
Dalam pada itu, beliau berharap kehadiran pemain baharu itu dapat kembali memantapkan lagi prestasi pasukan Pahang yang kini menghuni tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam pusingan pertama Liga Super musim ini.
Dalam masa yang sama, Akbar turut meminta penyokong skuad Tok Gajah terus memberi sokongan penuh kepada pemain untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam pusingan kedua Liga Super musim ini, sekali gus dapat merangkul Piala Malaysia.
Bernama
Sat Jul 09 2016
Akbar turut meminta penyokong skuad Tok Gajah terus memberi sokongan penuh kepada pemain untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam pusingan kedua Liga Super musim ini, sekali gus dapat merangkul Piala Malaysia.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Skuad Tok Gajah perkenal empat pemain import baharu
Mereka menggantikan Dalibor Volas dan Naj Potokar dari Slovenia, German Pachecho (Argentina) dan Zesh Rehman (Pakistan) yang telah ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.