awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Uniti KRT diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
29/10/2023
05:36 MYT
Skuad Uniti KRT diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut
Skuad itu juga giat memantau keadaan semasa di kawasan kemungkinan dilanda banjir. - Gambar fail
GUA MUSANG: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sudah mula mengaktifkan Skuad Uniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Nov ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Che Roslan Che Daud berkata Skuad Uniti dianggotai penduduk di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang berfungsi membantu mangsa banjir, di samping bekerjasama dengan lain-lain agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terus terjamin.
"Di pantai timur apabila masuk bulan Nov, musim tengkujuh bermula dan berkemungkinan berlaku banjir. Kita ada satu jawatankuasa Skuad Uniti yang akan membantu apabila berlaku bencana dalam komuniti terlibat," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.
Beliau berkata skuad itu juga giat memantau keadaan semasa di kawasan kemungkinan dilanda banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia Dr Fariza Yunus berkata perubahan cuaca itu berlaku disebabkan MTL yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPNIN
#Skuad Uniti
#MTL
#KRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan