[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi

Hasimi Muhamad 25/08/2020 | 00:25 MYT
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua yang dijalankan sejak kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu. Foto Astro AWANI
Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dibuka pada pukul 8 pagi, di sini, hari ini.
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5.30 petang, membabitkan 267 pengundi awal di kalangan anggota polis, mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu di DUN tersebut.
PRK kali ini turut menyaksikan garis panduan pencegahan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, serta penggunaan cecair pembasmi kuman diamalkan.
Proses tersebut disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau 'live streaming' menerusi Facebook SPR.
BACA: Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas
Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi rasmi di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim.
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua yang dijalankan sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S Santharasekaran.
Seramai 23,094 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK kali ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #DUN Slim #IPD Muallim #pengundi #pilihan raya kecil #PKP #polis #PRK DUN Slim #PRK Slim #Slim Memilih #SPR #Tanjung Malim #undi awal