awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/08/2020
03:21 MYT
Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas. -Astro AWANI
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Pegawai Pengurus PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK tersebut.
Calon yang bakal bertanding ialah Mohd Zaidi Aziz, 43, dari parti BN; calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili kem bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan seorang lagi calon Bebas yang juga guru, Santhara Sekaran Subramaniam, 42.
Pengumuman calon PRK DUN Slim itu juga sekali gus menyaksikan kempen pilihan raya bermula secara rasmi hari ini hingga 11.59 malam, 28 Ogos.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim pada 15 Julai lalu.
Allahyarham Mohd Khusairi yang bertanding mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
PRK itu dijadual diadakan 29 Ogos ini dengan 15 Ogos adalah hari penamaan calon dan hari pengundian awal pula 25 Ogos.
Topic Berkaitan
#Amir Khusyairi Mohamad Tanusi
#Mahathir Mohamad
#Mohd Zaidi Aziz
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Slim
#Santhara Sekaran Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan