KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan sehingga 1,500 slot latihan pengajian kepakaran Program Sarjana Perubatan mulai tahun ini sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian kepakaran khususnya bidang kepakaran yang kritikal.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menawarkan 23 bidang kepakaran di lapan universiti awam.
Beliau berkata selain itu slot latihan program pengajian kepakaran Parallel Pathway tajaan KKM turut ditingkatkan sehingga 600 slot setiap tahun melibatkan 14 bidang kepakaran.
"KKM juga menawarkan kemudahan yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan kepada pegawai perubatan serta pegawai pergigian lantikan kontrak KKM melalui Program Latihan Kepakaran dengan Biasiswa KKM.
"Ia bagi mengikuti pengajian kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan Parallel Pathway di institusi dalam dan luar negara mulai sesi akademik 2022/2023," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang ingin tahu statistik doktor yang sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi doktor pakar dalam kesemua bidang kepakaran dan inisiatif KKM untuk menggalakkan lebih ramai doktor melanjutkan pengajian khususnya di bidang kritikal.
Di samping itu, katanya Program Kesihatan Awam KKM turut menawarkan Program Latihan PraKepakaran Perubatan Kesihatan Awam berkonsepkan mentor-mentee kepada pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak KKM yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kesihatan awam.
Menurutnya ia sebagai pengenalan dan galakan sebelum mengikuti pengajian kepakaran dalam bidang kesihatan awam,
Bagi statistik tersebut, Dr Zaliha berkata jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak KKM yang sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway sehingga 31 Dis 2022 adalah seramai 7,993 orang.
Katanya daripada jumlah tersebut, seramai 4,586 orang pegawai perubatan sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan merangkumi 23 bidang kepakaran, manakala, 3,407 orang pegawai perubatan sedang mengikuti program pengajian kepakaran Parallel Pathway merangkumi 14 bidang kepakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Dr Zaliha berkata perkara itu akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menawarkan 23 bidang kepakaran di lapan universiti awam.- Fail/BERNAMA

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Parlimen: Speaker tegur pembangkang boikot bahas LKAN, sifatkan perkara luar biasa
Semua ahli Parlimen pembangkang tidak hadir semua sesi pembangkang usul berkenaan sejak semalam dan diteruskan hingga petang Rabu.

MySejahtera diserang 1.12 juta kali, tiada ketirisan data - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada ketirisan data direkodkan melibatkan pengguna aplikasi MySejahtera.

45 persatuan pemilik kedai kopi tolak pembentangan GEG
Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura dan 44 persatuan gabungannya merayu Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan semula pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG).

'Caj rawatan RM1 tak lagi mampu tampung kos kesihatan negara'
Ia perlu demi perkembangan teknologi perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan kesihatan.

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Ratusan doktor, jururawat protes semakan semula undang-undang kesihatan
Ratusan doktor dan jururawat di Indonesia dilaporkan mengadakan protes menggesa wakil rakyat menghentikan usul semakan undang-undang kesihatan yang disifatkan tidak melindungi hak pengamal perubatan.

Henti suntikan payudara doktor tidak bertauliah
Lumrah bagi seorang wanita untuk kelihatan menawan dari hujung rambut hingga ke kaki. Malah ada yang sanggup memperjudikan nyawa dengan mendapatkan rawatan tanpa memikirkan kesan sampingan.

KKM teliti isu kekurangan petugas - Dr Zaliha
Beliau berkata keperluan penempatan petugas juga telah dikenal pasti supaya tidak berlaku lebihan ramai petugas di sesebuah hospital dan klinik kerajaan.

KKM bincang SOP baharu COVID-19 pertengahan Jun ini
KKM akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu SOP COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh WHO.

KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor - Exco
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor.

Pusat Rawatan Madinah lengkap pelbagai kemudahan, doktor pakar
Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.