awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slot 'walk-in' bagi vaksin COVID-19 di Lembah Klang kini tinggal 1,773

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
02/08/2021
09:35 MYT
Slot 'walk-in' bagi vaksin COVID-19 di Lembah Klang kini tinggal 1,773
Slot Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hotel Movenpick, Sepang merekodkan jumlah tertinggi dengan 710 slot. Ia diikuti dengan Hotel Wyndham, 588 kekosongan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Slot untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di Lembah Klang secara jumpa terus atau 'walk-in' setakat jam 5 petang ini hanya berbaki 1,773 untuk hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui perkongsian di laman Twitternya hari ini.
Slot Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hotel Movenpick, Sepang merekodkan jumlah tertinggi dengan 710 slot. Ia diikuti dengan Hotel Wyndham, 588 kekosongan.
"Bagi PPV di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, jumlahnya adalah 310 slot.
"Manakala buat Pusat Konvensyen Bangi Avenue pula adalah 186 slot," dedah JKJAV.
Dalam pada itu, kata JKJAV dalam perkongsian berasingan berkata slot melibatkan Dewan Komuniti Serendah pula telah habis sepenuhnya hari ini.
Setakat jam 4 petang juga, jumlah slot bagi PPV di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam adalah 104 slot.
Baki slot walk-in di Lembah Klang setakat 5 petang: Hotel Wyndham, Klang: 588 (pendaftaran terakhir pada 8 malam) Bangi Avenue CC: 165 (pendaftaran terakhir pada 8.30 malam) Hotel Movenpick, Sepang: 710 (pendaftaran terakhir pada 8.00 malam) IDCC: 310 Masih banyak di KLCC.
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 2, 2021
Baki slot vaksinasi walk-in di Lembah Klang setakat jam 4 petang: Hotel Wyndham, Klang: 774 IDCC, Shah Alam: 412 Dewan Tun Razak, Sabak Bernam: 104 Bangi Avenue CC: 186 Slot di Dewan Komuniti Serendah telah habis hari ini.
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 2, 2021
Pada Isnin, kes COVID-19 dalam negara dicatatkan pada angka 15,764 kes.
Jumlah ini menurun berbanding 17,150 kes yang direkodkan semalam.
Penambahan ini sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,146,186 sejak pandemik bermula.
Topic Berkaitan
#Jumlah vaksin
#vaksin COVID-19
#Lembah Klang
#JKJAV
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan