Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) pada Khamis mengumumkan pelancaran sistem penyelesaian pengawasan digital untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini, yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa kerana berjaya dibangunkan dalam tempoh tiga hari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, SMA berkata penyelesaian itu akan memberi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri keupayaan berskala untuk memantau penyakit berjangkit di semua pintu masuk Sarawak.
"Selain deklarasi kesihatan mandatori, individu yang diberi kebenaran memasuki Sarawak akan menerima gelang Kod QR (yang wajib mereka pakai) berdasarkan kategori iaitu individu yang sedang disiasat (PUI) dan 14 hari Notis Duduk Di Rumah (SHN)," menurut kenyataan itu.
Di bawah kategori PUI, mereka yang diletakkan di bawah kuarantin rumah atau kuarantin hospital secara dua kali sehari, si pemakai dikehendaki melaporkan situasi mereka dengan mengimbas kod QR untuk menghantar satu set maklumat.
"Data yang dikumpul akan membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membuat keputusan bermaklumat serta melakukan pemeriksaan rawak terhadap pemakai.
"Lokasi pemakai juga akan membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk menubuhkan hotspot, strategi utama untuk mengasingkan penularan penyakit ini," katanya.
Variasi sistem pengesan tersebut telah digunakan di China, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong iaitu data yang dikumpul adalah penting untuk menguruskan bentuk dan evolusi virus.
Sementara itu, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak berkata mereka yakin sistem itu akan memudahkan tugasan mengawal penularan wabak itu secara lebih berkesan dan tepat pada masanya memandangkan keluasan Sarawak.
"Dengan tempoh masa yang diberikan, pasukan pembangunan telah membuat pencapaian membanggakan, menghasilkan penyelesaian ini dalam tempoh tiga hari," katanya.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sebelum ini telah mengerahkan SMA untuk membangunkan sistem digital untuk mengesan individu yang sedang menjalani kuarantin untuk COVID-19, yang boleh juga digunakan untuk pusat perubatan yang ditetapkan untuk mengendalikan pesakit dijangkiti wabak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
SMA berkata penyelesaian itu akan memberi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri keupayaan berskala untuk memantau penyakit berjangkit di semua pintu masuk Sarawak.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
SMA Sarawak lancar sistem pengawasan digital bendung penularan COVID-19
Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) mengumumkan pelancaran sistem penyelesaian pengawasan digital untuk membendung penularan COVID-19.