awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Terus berbakti walau selepas kematian: Tubuh 'dihadiahkan', demi generasi doktor masa depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0

Bernama
Bernama
31/12/2025
23:15 MYT
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas berlangsung di Encore Melaka, Klebang, malam tadi. - Facebook Ab Rauf
MELAKA: Pelaksanaan 'Smart Tourism Melaka AI' dan pengenalan 'Pasport Pelancongan Visit Melaka 2.0' memperkukuh aspirasi Melaka sebagai negeri berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia sekali gus meletakkan teknologi pintar sebagai teras baharu industri pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata inisiatif berkenaan menjadi pemacu utama transformasi pelancongan Melaka selari dengan pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 serta sokongan terhadap Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Sejajar dengan aspirasi Melaka sebagai negeri berasaskan teknologi kecerdasan buatan, kerajaan negeri memperkukuh pelancongan digital bagi memastikan pengalaman pelancong lebih pintar, efisien dan berdaya saing," katanya.
Ketua Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas di Encore Melaka, Klebang, di sini malam tadi.
Langkah itu, menurut Ab Rauf turut menyokong sasaran kerajaan negeri untuk menarik 19 juta pelancong menjelang 2026, dipacu oleh lebih 220 acara yang dirangka sepanjang tahun dengan sokongan sistem digital dan AI.
"Pendekatan pelancongan pintar ini bukan sekadar memudahkan pelancong, malah meningkatkan imej Melaka sebagai destinasi moden yang menggabungkan warisan, budaya dan teknologi.
"Kita mahu pelancong datang bukan hanya terkesima menikmati keindahan Melaka, tetapi juga kagum dengan kredibiliti serta kecanggihan teknologi pelancongan yang ditawarkan di negeri ini," katanya.
Majlis penuh warna-warni yang dihadiri lebih 40,000 pengunjung itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan barisan kepimpinan negeri.
Turut menyerikan majlis, persembahan dua ikon irama tradisional Melayu, Fauziah Gambus dan Haziq Rosebi yang mendendangkan lagu Zapin Asam Paya dan Norlela.
Pengunjung yang hadir sejak 5 petang turut disajikan dengan persembahan istimewa oleh Rejimen Gerak Khas dan Tourism Melaka yang melakukan gimik pelancaran Tahun Melawat Melaka 2.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Smart Tourism Melaka AI
#pelancongan
#Melaka
#pasport pelancongan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan