awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMK Kota Kuala Muda ditutup, 33 pelajar positif COVID-19

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2022
16:26 MYT
SMK Kota Kuala Muda ditutup, 33 pelajar positif COVID-19
Dr Othman berkata, setakat ini, seramai 61 pelajar sudah disaring dan 33 daripadanya didapati positif. - Gambar/ Sinar Harian/ SMK Kota Kuala Muda
SUNGAI PETANI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda di sini diarahkan tutup selepas 33 pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, setakat ini, seramai 61 pelajar sudah disaring dan 33 daripadanya didapati positif.
Menurutnya, kes indeks Kluster Dah Jalan Pantai itu dikesan membabitkan seorang pelajar sekolah yang disahkan positif pada 14 Januari lalu.
"Kes positif COVID-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Jitra dan Kulim, manakala kontak rapat menjalani kuarantin di asrama.
"Kontrak rapat juga telah diarahkan menjalani kuarantin dan dinasihatkan melakukan saringan sekiranya mempunyai gejala," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, sekolah terbabit diarahkan tutup mulai Isnin sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
"Tarikh pembukaan sekolah akan ditentukan berdasarkan perkembangan selanjutnya," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 99 pelajar asrama Maktab Mahmud Tobiar, Pendang, Kedah disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Dah Penyarom.
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kes positif itu mula dikesan selepas terdapat beberapa pelajar perempuan mengalami gejala batuk dan demam.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#SMK Kota Kuala Muda
#kluster COVID-19
#Kedah
#sekolah ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan