LABUAN:Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai (SMK Pantai) dan Sekolah Kebangsaan Kerupang (SK Kerupang) di sini diarah tutup selama tujuh hari selepas seorang pelajar tingkatan lima dan seorang murid diuji positif COVID-19 hari ini, sekolah ketiga di pulau itu diarah tutup selepas SMK Mutiara, Khamis lepas.
Mengesahkan kepada Bernama, Pengarah Pendidikan Labuan Khaziyati Osman berkata ia adalah prerogatif Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengeluarkan penutupan selepas mendapati dua pelajar itu positif COVID-19.
Pengetua SMK Pantai, Norazita Md Noor@Shamsuri dalam mesejnya kepada ibu bapa semalam berkata ujian saringan akan dijalankan ke atas pelajar di sekolah itu, terutama mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar terbabit.
"Semua pelajar SMK Pantai menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 tengah hari tadi sebagai sebahagian daripada usaha sekolah untuk mengawal jangkitan daripada merebak.
"Pelajar yang dikeluarkan ANNEX 14b perlu menjalani kuarantin di rumah...oleh itu sekolah akan ditutup bermula hari ini (14 Okt) hingga 20 Okt," katanya melalui pesanan kepada ibu bapa semalam.
Bernama menghubungi pihak sekolah dan diberitahu ujian swab COVID-19 hanya akan dijalankan ke atas pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar terbabit dan mereka yang tidak hadir ke sekolah semalam, tidak perlu berbuat demikian.
"Setakat yang kami faham, pelajar yang diuji positif itu tidak hadir ke sekolah sejak beberapa hari lalu," kata seorang petugas yang enggan dikenali.
SK Kerupang juga diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam.
Guru Besar SK Kerupang, Aini Salleh dalam mesej ringkasnya kepada ibu bapa pada 12.40 tengah hari semalam berkata pelajar di sekolah itu sedang menjalani ujian saringan COVID-19 oleh itu sekolah berkenaan akan ditutup selama seminggu.
Penutupan SMK Mutiara (sejak 8 Okt) telah dilanjutkan selama 14 hari, selepas seorang lagi pelajar di sekolah itu diuji positif tiga hari lalu dan sekolah itu giat laksanakan kerja-kerja sanitasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 14 2020
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai (SMK Pantai) dan Sekolah Kebangsaan Kerupang (SK Kerupang) diarah tutup selama tujuh hari. -Gambar fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
19 sekolah diarahkan tutup di Selangor kerana COVID-19
Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.
SMK Pantai dan SK Kerupang di Labuan diarah tutup, dua pelajar positif COVID-19
Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai (SMK Pantai) dan Sekolah Kebangsaan Kerupang (SK Kerupang) di sini diarah tutup selama tujuh hari.
15 sekolah di beberapa daerah di Sarawak ditutup
Sebanyak 15 buah sekolah di beberapa daerah di Sarawak ditutup hari ini akibat banjir, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Sekolah di Los Angeles diarah tutup gara-gara 'ancaman'
Polis Los Angeles mengarahkan semua sekolah ditutup pada Selasa berikutan ancaman keselamatan.