TIDAK mahu mendalami agama dan cepat menghukum sesuatu tanpa usul periksa menjadikan pemakaian purdah/niqab dipandang serong sesetengah masyarakat.
Akibat cara berpakaian yang menutup keseluruhan muka kecuali mata itu, individu terbabit terpaksa berdepan pelbagai masalah seperti sukar mendapat pekerjaan, tidak mudah digauli rakan-rakan dan lebih teruk lagi apabila mereka ini dilabel pengganas.
Bagi pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah.
Isu salah tanggap dan adakala disisih masyarakat terhadap pemakai ini tidak hanya berlaku di negara ini yang terang-terang mengamalkan gaya hidup Islam malah hampir di seluruh dunia terutamanya di Eropah.
Bagi penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, masyarakat Islam terutamanya di negara ini perlu faham bahawa cara pemakaian tersebut termaktub dalam hukum fiqh.
Fiqh adalah huraian kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan agama islam ketika syiar itu dibawa Nabi Muhammad SAW dan dipersetujui jumhur ulama kemudiaannya apatah lagi ulama-ulama ahli Sunnah Wal Jamaah./
Dalam rancangan "Kalau Dah Jodoh" yang disiarkan di saluran Astro Oasis baru-baru ini, Ustaz Kazim menjelaskan pemakaian purdah/niqab adalah yang berkait rapat dengan hak wanita dan lelaki yang ditetapkan dalam Islam.
Katanya, tohmahan yang menyatakan bahawa pemakaian niqab/purdah semata-mata untuk meniru cara pemakaian orang Arab adalah salah.
Hingga ada yang menyatakan pemakaian tersebut dilakukan orang Arab bagi mengelak ribut pasir dan pemakaian seumpama di Malaysia adalah lebih kepada ingin meniru-niru gaya orang Arab dan bukan kerana agama.
"Jika betul apa yang dikatakan mereka itu, kenapa lelaki Arab tidak berpurdah/niqab bagi mengelakkan ribut pasir?
"Sedangkan kita lihat pemakaian mereka itu hanya kepada kaum Hawa dan lelaki atau suami tidak mengenakan sebarang penutup di muka.
"Jadi kita perlu tahu kenapa, ini bukan soal lebih Islam daripada orang Islam lain, tetapi ini soal hukum agama yang perlu ditegakkan oleh setiap orang Islam yang beriman" Katanya.
Ustaz Kazim menjelaskan, pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang.
Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami.
Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab.
"Pemakai akan beroleh pahala kerana tidak hanya pandai melindungi diri dan menjaga hak suami malah menyelamatkan masyarakat. Jadi tidak timbul siapa lebih Arab daripada orang Arab," katanya.
Golongan munafik
Dalam isu ini penulis berpandangan tidak wujud siapa lebih mengamalkan ajaran Islam berbanding individu Islam lain tetapi lebih kepada pemahaman sebenar terhadap hukum hakam dalam Islam.
Ketika wahyu pertama diterima Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, Islam telah bertapak sebagai agama wahyu dan bukan agama logik. Jauh sekali jika ia dipandang dari sudut Liberalisme.
Pada zaman jahilliyah dan zaman kedatangan Islam, terdapat beberapa golongan yang cuba memperjuangkan keselesaan sendiri untuk dimasukkan dalam ajaran Islam dan golongan ini digelar sebagai munafik.
Bagi seorang Islam yang beriman, Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menjadi rujukan kepada setiap perkara yang berlaku mencakupi pelbagai sudut termasuk cara hidup seharian.
Golongan munafik pula adalah golongan yang mengaku beriman tetapi tidak mahu melaksanakan hukum hakam Islam dan ajaran Islam kerana ia dilihat bercanggah dengan kehidupan seharian mereka dan tidak mahu berganjak dari zon selesa moden dan membelakangkan ajaran Islam yang dilihat mereka sebagai tidak menepati kehendak zaman.
Khutbah terakhir Rasulullah
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW di Lembah Uranah Gunung Arafah, Baginda bersabda, 'Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.'
Intipati khutbah baginda dan segala yang diwahyukan kepada baginda telah dijadikan amalan dan diguna pakai sahabat-sahabat baginda bagi mengembangkan ajaran Islam dan seterusnya menyemarakkan lagi pemerintahan berasaskan Islam di dunia ini.
Selepas zaman kekhalifahan Islam, ulama-ulama Islam yang mendengar secara langsung dari para sahabat pula memilkul tangungjawab penyebaran dan pemahaman ajaran Islam hingga kepada apa yang dipelajari penduduk nusantara kini.
Sepanjang penyebaran dan pemahaman islam itu dibuat, Sahabat Rasulullah mahupun Ulama tidak menokok tambah apatah lagi mengurangkan apa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW sebaliknya memegang teguh kepada apa yang diucapkan baginda di pengakhiran khutbah baginda itu.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu".
Secara jelas tiada paksaan dalam Islam dan apa yang lebih ditekankan adalah agar setiap penganutnya mendalami dan memahami ajaran Islam dengan berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah yang diakhir pemahaman tersebut menjurus kepada pertemuan kepada pencipta di hari Akhirat nanti.
Berbalik kepada isu yang diperkatakan, tidak perlu rasanya meneruskan sikap mendiskriminasi golongan yang berpurdah/niqab kerana mereka pasti diberi hidayah dan balasan ke atas apa yang dilakukan dan pastinya pandangan serong hingga melabel inidividu berpurdah sebagai pengganas dan kolot adalah keterlaluan.
Kesejahteraan hati dengan mendalami dan memahami ajaran Islam melalui guru-guru yang muktabar dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dijadikan fokus utama kini.
Firman Allah dalam surah Al Fajr: "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS al-Fajr [89]: 27-30).
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Apr 10 2016
Bagi si pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab
Bagi si pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah.