PERKONGSIAN foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Malah foto tersebut juga mendapat reaksi daripada Sofyank gara-gara netizen menyangkakan kekasih Mia adalah pereka kandungan digital dan pempengaruh media sosial itu disebabkan wajah mereka seakan-akan.
“Nampak sama tapi itu bukan saya gais. Kalau saya dalam gambar bawah ini,” tulis Sofyank dengan turut memuat naik foto dia bersama isteri tercinta.
Membalas semula status itu, Mia yang juga seorang pelakon memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan turut mendedahkan nama kekasihnya juga sama dengan pempengaruh tersebut iaitu Sufiyan.
“Minta maaf sangat tentang semua ini. Sumpah kekasih saya dalam gambar itu wujud dan nama dia Sufiyan juga,” balas Mia Sara.
Penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 itu juga mengajak teman lelaki Mia untuk membuat video bersama agar meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam kalangan netizen.
“Nampak gaya kena ajak Sufiyan buat video sekali untuk declare fasal kami bukan orang yang sama,” kata Sofyank membalas semula komen Mia.
Rata-rata netizen turut mengakui wajah mereka berdua sememangnya kelihatan sama sehingga ada yang terkejut Sofyank berpelukan dengan anak Afdlin.
“Aku pun pelik, ‘eh asal Sofyank peluk anak Afdlin Shauki pula ini. Rupa-rupanya…
“Wey suruh Sofyank jumpa. Kang naya kena fitnah. Habis kena tidur luar,” komen beberapa netizen. -Gempak
Gempak
Mon Jul 31 2023
Penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 itu juga mengajak teman lelaki Mia untuk membuat video bersama agar meleraikan kekeliruan yang berlaku dalam kalangan netizen. - Foto Gempak
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
'Saya lebih tenang, makan terjaga selepas kahwin' - Afdlin Shauki berhasrat timang zuriat
Menurut Afdlin, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal zuriat kerana kerana sedar dirinya juga sudah berusia.
"Bahagia, rasa tenang" - Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin dengan suri hati pilihannya tahun ini.
Sofyank peluk anak Afdlin Shauki?- Netizen terkejut tengok foto Mia Sara
Perkongsian foto anak pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki iaitu Mia Sara dengan teman lelakinya menerusi TikTok baru-baru ini menarik perhatian netizen di laman sosial.
Afdlin Shauki dilantik Ahli Lembaga Penasihat DBKL
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
'Insya-Allah dalam 1 Ogos nanti saya akan...' - Afdlin Shauki jawab dakwaan sudah berkahwin
Afdlin berkata dia masih menghormati bekas isterinya iaitu Christina Orow Abdullah biarpun wanita tersebut sudah mengetahui segalanya.
Afdlin Shauki yakin Anwar Ibrahim mampu pulih ekonomi negara
Ujar Afdlin, tidak ada individu seperti Anwar dan disebabkan hal itu, rasa kagum terhadap beliau tidak pernah meluntur.
"Menitik air mata saya ketika itu" - Afdlin Shauki dedah sebab bercerai
Afdlin mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik.