awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat berjemaah kini dibenarkan di Sarawak dengan jumlah ditetapkan

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2020
08:29 MYT
Solat berjemaah kini dibenarkan di Sarawak dengan jumlah ditetapkan
Menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) pada Isnin, keputusan dibuat selepas pihak tersebut mempertimbangkan situasi semasa wabak COVID-19. FOTO: Astro AWANI
Solat lima waktu dan solat Jumaat kini dibenarkan di masjid dan surau di Sarawak dengan bilangan jemaah yang lebih ramai bermula 9 Jun 2020 (Selasa).
Menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) pada Isnin, keputusan dibuat selepas pihak tersebut mempertimbangkan situasi semasa wabak COVID-19.
Keputusan ini juga seiring pengumuman Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun 2020 - 31 Ogos 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.
Orang ramai bagaimanapun masih perlu mematuhi langkah keselamatan dan pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Ia berdasarkan Garis Panduan Pengimarahan Masjid/Surau semasa dan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negeri Sarawak yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).
“Majlis Islam Sarawak berharap agar muslimin dan muslimat seluruh negeri agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan demi memastikan penularan wabak COVID-19 berakhir dan kita semua dapat kembali kepada kehidupan yang normal.
“Majlis Islam Sarawak juga menyeru agar semua terus bersabar dan terus beristiqamah memelihara solat lima waktu, taat kepada perintah Allah SWT, meninggalkan dosa dan maksiat, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan Allah SWT, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya,” tambah kenyataan tersebut.
Berikut merupakan bilangan jemaah yang dibenarkan MIS:
 Jumlah jemaah yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak menerusi kenyataan yang dikelaurkan pada Isnin (8 Jun 2020).
Jumlah jemaah yang ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak menerusi kenyataan yang dikelaurkan pada Isnin (8 Jun 2020).
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Majlis Islam Sarawak
#masjid
#PKP
#PKPB
#PKPP
#Sarawak
#solat jemaah
#Solat Jumaat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan