Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dikerumuni para jemaah selepas selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ketika itu sedang berjalan keluar dari perkarangan masjid tersebut menerima sorakan ‘Hidup Tun M!’ serta laungan takbir dari orang ramai.

Sealin itu, ini merupakan solat jumaat beliau yang pertama selaku Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Khamis malam.

Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua


Pelantikan beliau sebagai Perdana Malaysia kali yang kedua telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia serta dikagumi oleh masyarakat serata dunia kerana memecah rekod Perdana Menteri tertua di dunia yang berumur 93 tahun.

PM Tun Mahathir umum penubuhan 10 kementerian


Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bakal menubuhkan sepuluh kementerian yang akan membentuk Kabinet awal baharu bagi Pakatan Harapan antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.