awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solskjaer masih idam sentuhan Jesse Lingard

Astro Arena
Astro Arena
17/08/2021
02:14 MYT
Solskjaer masih idam sentuhan Jesse Lingard
Prestasi mengagumkan pemain berusia 28 tahun itu bersama The Hammers mendorongnya menerima panggilan skuad England pada akhir kempen 2020-21. - Stadium Astro
OLE Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Jesse Lingard merupakan sebahagian daripada perancangannya sambil pengurus Manchester United juga memberi bayangan Dean Henderson bakal kembali mengawal pintu gol.
Lingard menikmati musim pinjaman yang produktif di West Ham, separuh musim lalu, apabila sembilan kali meledak gol dalam 16 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Prestasi mengagumkan pemain berusia 28 tahun itu bersama The Hammers mendorongnya menerima panggilan skuad England pada akhir kempen 2020-21 walaupun tercicir dalam senarai akhir pilihan Gareth Southgate untuk Kejohanan Euro 2020.
David Moyes dilaporkan berminat untuk membawa Lingard kembali ke Stadium London tetapi Solskjaer menegaskan pemain tengah itu akan memainkan peranan penting untuk United, di sebalik lambakan pemain berbakat luar biasa di Old Trafford.
"Jangan lupa Jesse Lingard bagaikan kelahiran semula apabila mengembalikan sentuhan berkualitinya seperti yang kita kenali," kata Solskjaer.
"Dia juga akan memainkan peranan besar.
"Tentunya penggiliran pemain mungkin akan lebih kerap berlaku. Kami akan lebih segar. Kami harus mempunyai skuad besar dan mantap untuk berdaya saing dalam liga ini.
"Ini liga terbaik di dunia dan kami juga bertuah terhadap kecederaan, tetapi saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan kesemua pemain ini.
"Kami harus bekerja keras dan melihat siapa yang cergas dan bersedia. Akan ada yang cergas dan boleh diturunkan (untuk menentang Southampton Ahad depan)."
Sembilan gol yang disumbangkan Lingard untuk West Ham hadir menerusi 28 percubaan dan dia mencatat gol pada setiap 158 minit.
Secara keseluruhannya, dia beraksi sepanjang 1,424 minit untuk kelab London itu, sekali gus meletakkannya di belakang Bruno Fernandes (1,446) dan Tomas Soucek (1,619) dalam kalangan pemain tengah.
Empat bantuan golnya di kedudukan kedua selepas Fernandes dengan 18 peluang dicipta.
Solskjaer juga bakal berdepan dilema pilihan penjaga gol berikutan Henderson baru pulih daripada COVID-19 tatkala David de Gea membantu kemenangan 5-1 The Red Devils ke atas Leeds United, Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#Ole Gunna SOlskjaer
#jesse lingard
#Manchester United
#Dean Henderson
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan