awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP bersasar lindungi PKS Pulau Pinang daripada COVID-19

Bernama
Bernama
06/09/2021
11:01 MYT
SOP bersasar lindungi PKS Pulau Pinang daripada COVID-19
Kon Yeow berkata, di bawah inisiatif itu, CREST akan memperkenalkan SOP yang digunakan oleh syarikat ahli CREST dan digabungkan dengan SOP Amalan Terbaik Pengurusan COVID-19 sebagai rujukan. - Sumber foto FB/Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan pemain industri bagi memastikan pendekatan lebih bersasar dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan komuniti perniagaan berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri ini sejak beberapa minggu lepas dengan 70 peratus kes berpunca daripada kluster tempat kerja.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata di bawah inisiatif itu, Penyelidikan Kolaboratif dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) akan memperkenalkan SOP yang digunakan oleh syarikat ahli CREST dan digabungkan dengan SOP Amalan Terbaik Pengurusan COVID-19 sebagai rujukan dengan tujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini beroperasi dengan selamat dan optimum.
"Pulau Pinang mungkin dikenali sebagai pusat kepada industri berat, namun kehadiran PKS tidak dinafikan turut menjadi tulang belakang dalam industri elektrik dan elektronik negeri ini.
"Oleh itu, amat penting untuk memastikan langkah-langkah yang sewajarnya dilaksanakan demi kesinambungan rantaian bekalan kita, lebih-lebih lagi ketika negara sedang mempersiapkan diri beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik," katanya dalam sidang media secara maya mengenai kerjasama itu, di sini hari ini.
Turut hadir Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan Datuk Abdul Halim Hussain; Timbalan Setiausaha Negeri (Pengurusan) Ahmad Rizal Mohd Hanapiah; Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Pulau Pinang Jegan Subramaniam dan Ketua Pegawai Eksekutif CREST Jaffri Ibrahim.
Jaffri berkata CREST berbesar hati dapat memainkan peranan dalam merumus SOP Amalan Terbaik Pengurusan COVID-19 dan berharap PKS dapat melaksanakan prosedur tersebut bagi menjamin kelangsungan perniagaan mereka.
Beliau berkata CREST akan menjalankan sesi pendidikan dan kesedaran bagi membantu PKS berkaitan langkah-langkah pengawalan COVID-19 dan prosedur bersesuaian bagi melindungi pekerja dan kemudahan mereka.
Sementara itu, Abdul Halim berkata beliau akan mengetuai kumpulan fokus untuk memberi sokongan khidmat nasihat kepada PKS di negeri ini dalam memerangi penularan COVID-19. Kumpulan itu turut disertai wakil dari CREST dan ahli-ahlinya seperti Kumpulan Fokus Imunisasi COVID-19 Pulau Pinang, Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF), MITI Pulau Pinang, Invest Penang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).
"SOP Amalan Terbaik Pengurusan COVID-19 yang dikemukakan oleh CREST adalah pelengkap kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan akan menjadi perintis bagi PKS di negeri ini untuk memulakan perniagaan mereka secara terkawal dan berhati-hati," kata Abdul Halim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#MITI
#MKN
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan