awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP, mekanisme penghantaran jemaah umrah November ini - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/10/2021
11:23 MYT
SOP, mekanisme penghantaran jemaah umrah November ini - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah oleh kerajaan Arab Saudi. - Gambar fail/ Reuters
KOTA BHARU: Kerajaan akan memuktamadkan keputusan mengenai kuota, prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penghantaran jemaah Malaysia mengerjakan umrah, November ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah sehari oleh kerajaan Arab Saudi.
"Kerajaan pada hujung tahun ini akan memutuskannya... saya difahamkan bulan 11 final tentang bagaimana mekanisme untuk menghantar jemaah umrah... termasuk mengizinkan pihak tertentu menjalankan operasi bawa jemaah.
"Kuota bergantung kepada Arab Saudi... kalau dah bagi 100,000 sehari... itu jumlah besar dan kita akan mematuhi apa yang dtetapkan oleh Arab Saudi, barangkali ada pecahan untuk Asia dan itulah yang kita akan bincangkan," katanya.
BACA: Kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 sehari bermula hari ini
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung kapasiti harian bagi jemaah umrah yang dinaikkan kepada 100,000 bermula 1 Oktober lalu.
Selain itu bilangan had solat fardhu berjemaah di masjid juga dinaikkan kepada 60,000 orang pada satu-satu masa.
Ahmad Marzuk ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Bharu di sini pada Ahad.
Ibadah Umrah | Kerajaan masih rangka SOP kebenaran
Topic Berkaitan
#umrah
#jemaah malaysia
#Arab Saudi
#Ahmad Marzuk Shaary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan