SOP PKPB: Senarai aktiviti dibenar, dilarang di KL, Selangor dan Putrajaya

Ridauddin Daud
Oktober 13, 2020 13:50 MYT
Selepas ramai tertanya-tanya, akhirnya SOP PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diumumkan pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Dilarang rentas daerah, hanya dua orang dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan selain aktiviti riadah, rekreasi serta kebudayaan tidak dibenarkan.
Itu antara prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antara lain, beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sebelum ini, Astro AWANI berkongsikan SOP yang mungkin dilaksanakan dalam artikel PKPB: Apa yang boleh, apa yang tidak, namun ia bukan senarai terkini yang rasmi.
Selepas pengumuman Ismail Sabri hari ini, berikut adalah SOP rasmi untuk PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya:
Apa yang DIBENARKAN
1) Hanya dua orang saja dibenarkan keluar dari rumah bagi mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
2) Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
i) Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
ii) Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Bagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ia terhad kepada dua orang satu meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
3) Perubatan dan kesihatan
4) Perikanan, Perladangan dan Pertanian
5) Pelabuhan dan Lapangan Terbang
6) Aktiviti Keagamaan
7) Aktiviti Sukan
8) Pendidikan
Apa yang TIDAK DIBENARKAN
1) Kawalan Pergerakan i) Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
ii) Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
iii) Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
iv) Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.
2) Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
3) Aktiviti Sukan
4) Pendidikan
5) Seminar / Bengkel / Persidangan
6) Mesyuarat
7) Penganjuran Majlis Keramaian
8) Pelancongan
#PDRM #SOP #PKPB #ATM #Putrajaya #Selangor #Kuala Lumpur #Ismail Sabri #road block #SJR #LRT #sukan #rekreasi #aktiviti keagamaan #tentera #pelancongan #sekolah #operasi #minyak #kesihatan #hiburan #karaoke #rumah