awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP Thaipusam: Guan Eng mahu Halimah kembali ke Parlimen untuk perjelas kenyataan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/12/2021
05:42 MYT
SOP Thaipusam: Guan Eng mahu Halimah kembali ke Parlimen untuk perjelas kenyataan
Guan Eng tidak bercadang untuk merujuk menteri tersebut ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, namun meminta beliau hadir ke Parlimen dan menjelaskan perkara dibangkitkan. - Foto JAPEN Malaysia
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique hadir ke Parlimen untuk menerangkan sejelas-jelasnya kenyataan beliau berhubung prosedur operasi standard (SOP) perayaan Hari Thaipusam.
Bercakap di Dewan Rakyat pada Khamis, Guan Eng mendakwa dalam masa dua hari, Halimah mengeluarkan kenyataan berbeza dan menimbulkan kekeliruan bukan sahaja kepada Ahli Parlimen bahkan kepada rakyat.
Begitupun, beliau menegaskan, beliau tidak bercadang untuk merujuk menteri tersebut ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan namun meminta beliau hadir ke Parlimen dan menjelaskan perkara dibangkitkan.
BACA: Cadangan SOP Thaipusam: Bawa 'kavadi', mandi sungai berkumpulan tidak dibenarkan
“Saya nak minta, janganlah di Parlimen cakap lain, di luar cakap lain. Kalau dia cakap lain, kembalilah ke Parlimen, betulkan. Kalau tidak, kita keliru mana yang betul, yang mana tidak kerana Selasa cakap macam ini, Rabu cakap lain.
“Saya harapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat arahkan beliau betulkan apa yang beliau buat. Kita bukan nak cari pasal, tapi biarlah kami dapat maklumat betul di Parlimen. Saya harap Yang Dipertua boleh arah beliau balik ke Parlimen dan buat perkara tepat.
“Saya tak berniat untuk bawa ke jawatankuasa, saya tidak niat begitu tapi minta beliau kembali ke Parlimen dan buat pembetulan. Kalau salah, betulkan. Saya rasa itu yang harus dibuat seorang menteri yang bertanggungjawab,” katanya.
Perarakan Thaipusam tidak dibenarkan - Halimah
Astro AWANI sebelum ini melaporkan upacara membawa 'kavadi' dan ritual mandi di sungai secara berkumpulan merupakan antara aktiviti yang dicadangkan tidak dibenarkan semasa sambutan Thaipusam bulan hadapan.
Halimah bagaimanapun berkata, cadangan prosedur operasi standard (SOP) perayaan tersebut akan diangkat untuk diluluskan menerusi tiga mesyuarat pada 13 hingga 15 Disember ini.
Menurut Halimah, cadangan SOP tersebut dirangka hasil sesi libat urus pada 2 Disember lalu yang dihadiri 10 pemimpin agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Johor.
Kenapa PRN Melaka, Sarawak boleh tapi perarakan Thaipusam tidak boleh
Antara cadangan yang dikemukakan adalah membenarkan upacara sembahyang mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibadat Selain Islam dan membenarkan perarakan kereta berhala 'silver chariot' tertakluk kepada beberapa ketetapan.
Selain itu, penganut yang meraikan Thaipusam turut dibenarkan membawa 'paal koodam' (belanga berisi susu) dan mencukur rambut.
Topic Berkaitan
#SOP Thaipusam
#Lim Guan Eng
#halimah sadique
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan