JELI: Taktik seorang pemandu lori menyorokkan 2.2 tan daun ketum di bawah timbunan buah nanas gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila kenderaan itu ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6 Jalan Timur Barat dekat Batu Melintang di sini pada Rabu.
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semasa melalui SJR tersebut dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, sejurus ditahan sepasukan anggota telah melakukan pemeriksaan di tempat duduk penumpang.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan anggota menjumpai satu botol plastik berisi 500 mililiter cecair disyaki air ketum.
"Pemeriksaan kemudian diteruskan di bahagian belakang lori yang bertutup dengan kanvas dan menjumpai 221 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 2.2 tan daun ketum disembunyikan bawah timbunan buah nanas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ahmad berkata, siasatan awal mendapati bekalan daun ketum dari utara Semenanjung itu untuk pasaran tempatan di negeri ini.
"Nilai rampasan daun ketum dianggarkan berjumlah RM22,110.
"Kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan suspek direman empat hari bermula Rabu," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Sorok 2.2 tan ketum bawah timbunan nanas
Sinar Harian
Wed Jun 23 2021
Ahmad (kiri) bersama pegawainya menunjukkan daun ketum yang dirampas dalam sebuah lori di Batu 6 Jalan Timur Barat, dekat Batu Melintang, Jeli pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.