awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sosioekonomi Mukah berteras kepada pendidikan, pelancongan dan makanan - Abang Jo

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/12/2021
05:13 MYT
Sosioekonomi Mukah berteras kepada pendidikan, pelancongan dan makanan - Abang Jo
Abang Johari (kiri) berkata, perancangan tersebut disokong dengan kedudukan Mukah yang strategik di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
MUKAH: Kerajaan Sarawak telah merangka pelan utama bagi mengembangkan sosioekonomi penduduk di Mukah.
Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan sosioekonomi di kawasan itu akan berteraskan kepada pendidikan, pelancongan serta sektor makanan.
Jelas Abang Johari, perancangan tersebut disokong dengan kedudukan Mukah yang strategik di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
“Dalam hal ini kami mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan kerana setuju bina Lapangan Terbang Baharu Mukah dan seterusnya akan lihat lapangan terbang lain yang sedang dibina di Sarawak.
“Ada cadangan naik taraf lapangan terbang di Lawas dan lapangan terbang kecil di Betong dan Kapit untuk menghasilkan produk-produk dan hasil pertanian, selain pelancongan di kawasan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, di sini.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pembangunan di Sarawak yang sedang dilakukan mencerminkan keakraban hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Kita bergandingan dan apabila mempunyai semangat gandingan dan perpaduan erat, maka dapat memberi segala pembangunan yang dikehendaki oleh masyarakat majmuk termasuk di Sarawak dalam semangat Keluarga Malaysia.
“Tidak kira latar belakang budaya dan kepercayaan agama, kita di bawah satu bumbung. Perhubungan kita seerat-eratnya seperti sebuah Keluarga Malaysia,” katanya lagi.
Lapangan Terbang Baharu Mukah dibuka secara rasmi pada Jun lalu.
Lapangan terbang baharu bernilai RM300 juta itu akan menggantikan semua fungsi terminal padang terbang pelepasan dan pendaratan singkat (STOLport) sebelum ini.
Rekabentuk Lapangan Terbang Baharu Mukah antaranya dilengkapi dengan bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter.
Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan awam dengan kapasiti 100 buah kereta termasuk teksi dan bas.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Mukah
#Abang Johari Tun Openg
#Mukah sosioekonomi
#Wilayah Recoda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan