CYBERJAYA: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan secara meluas, bagi membanteras kegiatan jenayah berkaitan sindiket di negara ini secara menyeluruh, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Berkongsi perkara berkenaan ketika menjadi panel Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini hari ini, beliau berkata keberkesanan SOSMA dapat dilihat, antaranya untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia ketika beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.
"Ketika itu, penggunaan SOSMA dilihat berkesan dalam memerangi sindiket-sindiket ini, dengan tangkapan bukan sahaja melibatkan tekong-tekong, tetapi juga anggota dan pegawai pihak berkuasa terbabit sindiket berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ayob Khan berpendapat undang-undang sedia ada berkaitan penyeludupan rokok dan arak, kurang berkesan bagi membanteras kegiatan berkenaan.
"Seperti di Johor sebelum ini, pihak kita telah melakukan 10 kali tangkapan membabitkan individu yang sama berkaitan kes sama.
"Jenayah melibatkan sindiket ini perlu menggunakan SOSMA, baru boleh tangkap dan melumpuhkan kegiatan jenayah berkenaan," katanya.
SOSMA memperuntukkan langkah-langkah khas yang berkaitan dengan kesalahan terhadap negara, untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam.
SOSMA pertama kali dicadangkan pada 2012, sebagai pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Pada Ogos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh dalam sidang Dewan Rakyat berkata usaha meneliti penambahbaikan SOSMA hampir selesai.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti membabitkan anggota penguatkuasaan, serta mendedahkan pernah menangkap seorang Ketua Jabatan Jenayah Narkotik (JSJN), yang bersekongkol dengan sindiket dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Jenayah melibatkan sindiket ini perlu menggunakan SOSMA, baru boleh tangkap dan melumpuhkan kegiatan jenayah berkenaan. -Foto Sinar Harian
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.
Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.
Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.