awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD beri amaran kepada pengusaha bas ekspres

Marlina Manaf
Marlina Manaf
22/04/2014
13:55 MYT
SPAD beri amaran kepada pengusaha bas ekspres
Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
Pengusaha bas ekspres yang gagal mematuhi audit Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung pemantauan GPS, berdepan penggantungan lesen.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal memaklumkan, ia antara tujuh langkah agresif kempen ‘anti-speeding’ dilaksana badan itu untuk menangani isu pemanduan laju kalangan pemandu bas.
“Semua pusat kawalan GPS pengusaha bas akan diaudit, dan sekiranya didapati gagal, lesen mereka akan digantung sehingga mereka patuh kepada peraturan,”
“Selain itu, semua pengusaha diwajibkan melantik seorang pengawal untuk memantau had laju dalam waktu sebenar (real-time),” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Nur Ismal memberitahu, SPAD juga mewajibkan semua pengendali mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan had laju, selain mengemaskini data maklumat pemandu dengan data pangkalan milik SPAD.
Laporan berhubung pemantauan GPS pengusaha juga harus dikemukakan kepada SPAD, dan mereka dikehendaki mempamer nombor hotline pengawal kelajuan di dalam dan luar bas, bagi memudahkan pengguna membuat laporan.
Bagi memastikan langkah agresif dilaksana dengan berkesan, SPAD juga akan mengadakan kempen kesedaran umum mengenai aspek keselamatan penggunaan pengangkutan awam darat dengan segera.
Mohd Nur Ismal juga menjawab kritikan orang ramai mengenai isu penguatkuasaan lemah SPAD hingga menggalakkan pemanduan berbahaya, dan mengundang kemalangan maut.
"Jumlah keseluruhan bas ekspres yang beroperasi menjangkau 4 ribu buah, dan adalah tidak logik untuk menguatkuasa pasukan yang besar untuk memantau kesemua bas, " katanya.
Sehubungan itu menurut beliau, pelaksanaan pemantauan menerusi sistem GPS, adalah salah satu kaedah untuk menangani isu terbahit, yang mana setiap kesalahan akan dilapor terus dan diambil tindakan.
“Bagaimanapun, masalah besar yang dihadapi ketika ini adalah pengusaha kurang peka dalam menjalankan tanggungjawab terhadap pemantauan sistem GPS,” tegas Mohd Nur Ismal.
Dalam tempoh 17 Mac hingga 20 April, sejumlah 7 kemalangan membabitkan bas direkodkan. 5 daripada kemalangan terbabit melibatkan korban nyawa penumpang.
Topic Berkaitan
#bas
#ekspres
#Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan