Semua pengusaha bas ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara online.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia bertujuan membanteras gejala ulat tiket lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

Menurut Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar cara tersebut bukan sahaja memudahkan pengusaha bas ekspres malah mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit.

Jelas beliau kebanyakan masalah berpuncaa daripada syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai kaunter jualan.

Ia menyebabkan pengusaha bas menggunakan ulat sebagai orang tengah.

Tegasnya perkara berkenaan perlu diambil serius memandangkan isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi terutamanya di Pudu Sentral.

Malah katanya anggota penguat kuasa SPAD pernah cuba diancam ketika bertugas.

Orang ramai kini boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya.

Caj tambahan sebanyak 10 peratus dikenakan.

Tiket berkenaan adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 September 2013.