awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD patut bincang dahulu sebelum naikkan harga tambang - Aziz Kaprawi

Haider Yutim
Haider Yutim
20/03/2015
23:43 MYT
SPAD patut bincang dahulu sebelum naikkan harga tambang - Aziz Kaprawi
AZIZ: Kenaikan kadar tambang sebanyak 20 hingga 67 peratus itu dilihat sebagai terlalu mendadak
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi pada Jumaat meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya mengkaji semula kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan pengerusinya semalam.
Menurut satu kenyataan pada Jumaat, Aziz berkata kajian semula itu perlu memandangkan kenaikan sebanyak 20 hingga 67 peratus itu dilihat sebagai terlalu mendadak.
"Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20 hingga 67 peratus itu adalah tinggi," kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Katanya SPAD seharusnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terlebih dahulu bagi mendapat keputusan yang terbaik.
Selain itu, beliau juga merasakan bahawa SPAD perlu mengambil kira pandangan semua pihak bagi memastikan kenaikan itu tidak membebankan pengguna.
"Namun saya faham dengan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengangkutan awam dan pemilik teksi, bagaimanapun pihak kerajaan perlu untuk mengkaji dan menyemak semula kenaikan tambang tersebut," kata Aziz.
Kata beliau lagi, garis panduan dalam menentukan paras tambang yang berpatutan juga perlu, supaya kadarnya mampu dibayar oleh semua golongan masyarakat.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar pada Khamis mengumumkan penetapan kadar baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa serta-merta manakala bagi bas ekspres pula bermula pada 15 Mei ini.
Menurut Syed Hamid, penetapan kadar baharu itu berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.
Topic Berkaitan
#Aziz Kaprawi
#bas ekspres
#pengangkutan awam
#SPAD
#tambang
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan