awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis

Bernama
Bernama
25/10/2024
20:00 MYT
SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.
SPAN dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jawatankuasa berkenaan, akan membantu Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) Pelan Perniagaan Tempoh Operasi ke-4 (OP4), yang telah dipersetujui pihaknya.
Kenyataan itu memaklumkan, antara perkara yang menjadi fokus jawatankuasa khas untuk ditambah baik oleh SAP termasuk pengurangan air tidak terhasil (NRW), kualiti air terawat, margin simpanan air terawat, kesinambungan bekalan air, nisbah operasi, kompetensi dan strategi modal insan.
"SPAN sebagai badan kawal selia bagi perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia dan Labuan memandang serius pencapaian sasaran KPI kesemua operator termasuk SAP, merangkumi tadbir urus secara menyeluruh, pengurangan kadar NRW serta keupayaan melaksanakan projek perbelanjaan infrastruktur di Perlis, bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air," menurut kenyataan itu.
SPAN memaklumkan, jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh anggota SPAN dan turut melibatkan wakil Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), kerajaan negeri, SAP dan agensi utama yang berkaitan.
"Kesemua ahli yang dipilih merupakan pakar dalam industri perkhidmatan air," menurut SPAN dalam kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPAN
#jawatankuasa khas
#bekalan air Perlis
#Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan