KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,382 pusat peperiksaan disediakan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan beroperasi secara berperingkat di seluruh negara bermula esok.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula esok hingga Khamis ini (10 Feb), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 22 hingga 24 Feb ini manakala Ujian Mendengar kedua-dua bahasa itu akan dibuat pada 21 Feb, melibatkan 401,927 calon bagi Bahasa Melayu dan 401,087 calon bagi Bahasa Inggeris.
Ujian Amali Sains untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi akan dilaksanakan pada 15 Feb melibatkan 91,962 calon (Fizik); 93,353 calon (Kimia) serta 72,669 calon (Biologi) manakala Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) dijalankan pada 17 Feb dengan 1,049 calon.
"Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun di http://lp.moe.gov.my. untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung," menurut kenyataan itu.
Calon juga diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi garis panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam serta prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi pencegahan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Lembaga Peperiksaan memaklumkan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan. - Gambar fail
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Rabun kronik tidak halang dapat keputusan SPM cemerlang
Soffiyatul Najiha yang bercita-cita menjadi peguam syariah berjaya memperolehi keputusan 6A daripada 11 mata pelajaran.
787 calon SPM 2021 di Perak peroleh semua A
Indeks gred purata negeri bagi SPM negeri Perak tahun 2021 ialah 4.96.
SPM 2021: GPN 4.86 mata, 55.29 peratus lulus semua mata pelajaran
Peratus calon layak terima sijil SPM, dengan syarat lulus BM dan Sejarah, adalah sebanyak 88.09 peratus, atau 336,630 orang calon.
Bayaran elaun petugas pentaksiran, pemeriksa SPM 2021 mulai esok - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.
Khidmat dua trak ATM digunakan bawa 141 calon SPM 2021 ke SMK Sri Kiambang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk ke pusat peperiksaan.
Air surut, pengetua sekolah lega calon SPM tak perlu redah banjir
Seramai 194 calon SPM 2021 di SMK Chukai di Kemaman, menduduki peperiksaan dalam keadaan selesa tanpa perlu meredah banjir selepas air telah surut pagi Rabu.
SPM: Jangan khuatir proses peperiksaan baik, calon bergejala diasingkan - Dr Mistrine
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah optimis dalam menyediakan proses peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kondusif termasuk mengambil kira situasi semasa pandemik COVID 19.
SPM 2021: Lebih 3,000 pusat peperiksaan ujian bertutur, mendengar dan ujian amali sains disediakan
Lembaga Peperiksaan memaklumkan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021 - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
PdPR: Calon SPM 2021 paling terkesan
Berbeza dengan pelajar SPM 2020, mereka berpeluang menjalani sesi persekolahan secara fizikal ketika tingkatan empat dan hanya menghadapi kemelut pembelajaran ketika memasuki tingkatan lima.