awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut, 19 cedera dalam kemalangan bas di Semarang, Indonesia

Bernama
Bernama
22/12/2025
03:15 MYT
15 maut, 19 cedera dalam kemalangan bas di Semarang, Indonesia
Proses menyelamat berdepan kesukaran kerana beberapa mangsa terperangkap di dalam bas, selain serpihan kaca yang menghalang laluan. - Foto X/bambangsuling11
JAKARTA: Seramai 15 orang maut manakala 19 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang awal pagi Isnin di persimpangan susur keluar lebuh raya Krapyak, Semarang, Wilayah Jawa Tengah, Indonesia, menurut pihak berkuasa tempatan.
Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Semarang memaklumkan bas berkenaan dipercayai dipandu laju sebelum pemandunya hilang kawalan, menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang jalan dan terbalik.
Ketua Pejabat SAR Semarang, Budiono berkata proses menyelamat berdepan kesukaran kerana beberapa mangsa terperangkap di dalam bas, selain serpihan kaca yang menghalang laluan.
Menurutnya, anggota penyelamat terpaksa memasuki bas yang terbalik untuk mengeluarkan mangsa.
Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas penumpang
#terbalik
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami