awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2024: Calon gagal semua mata pelajaran meningkat 1,789 orang

Seth Akmal
Seth Akmal
24/04/2025
05:15 MYT
SPM 2024: Calon gagal semua mata pelajaran meningkat 1,789 orang
Azman (foto) berkata terdapat 1,789 calon yang gagal semua mata pelajaran berbanding 1,467 calon pada tahun 2023. -Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat peningkatan jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2024.

Ringkasan AI
  • Jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran SPM 2024 meningkat kepada 1,789 berbanding 1,467 pada tahun 2023.
  • Faktor kegagalan termasuk kurang fokus semasa pembelajaran dan bekerja pada waktu malam.
  • KPM sedang menilai pendekatan untuk membantu calon-calon ini dan mengukuhkan program pemulihan untuk peperiksaan SPM tahun 2025.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata terdapat 1,789 calon yang gagal semua mata pelajaran berbanding 1,467 calon pada tahun 2023.
Katanya lagi, antara faktor kegagalan calon-calon ini adalah kurang fokus semasa sesi pembelajaran dan ada di antara mereka terpaksa bekerja pada waktu malam.
“Antara faktor yang menyumbang kepada pada hal ini adalah calon yang tidak fokus semasa proses pembelajaran, sebahagian besar mereka bekerja pada waktu malam, terutama calon-calon yang berada di kawasan bandar.
“Ada sedikit juga calon yang menghadapi masalah literasi dan numerasi yang tidak ditangani lebih awal, serta kurangnya sokongan daripada persekitaran pembelajaran di rumah itu,” katanya.
Kata Azman lagi, KPM sedang menilai pendekatan untuk golongan ini bagi peperiksaan SPM tahun ini, serta komited untuk mengukuhkan program pemulihan berkaitan dengan keupayaan menganalisis agar masalah yang sama tidak berulang.
“KPM sedang menilai pendekatan untuk kumpulan ini bagi peperiksaan tahun 2025, termasuklah kita akan kukuhkan dalam program pemulihan berkaitan dengan keupayaan anak-anak kita untuk menganalisis dan sebagainya,” katanya lagi.
Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM Tahun 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7%).
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#SPM
#Azman Adnan
#gagal semua mata pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan