awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030

Bernama
Bernama
23/12/2025
14:45 MYT
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
Yeoh berkata pelan strategik itu adalah kesinambungan kepada Pelan Strategik Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 2021-2025. - Gambar fail/Facebook Yeoh Soon Hin
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melangkah ke fasa baharu transformasi digital menerusi Pelan Strategik Digital Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 2026-2030.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menerapkan Pelan Strategik Digital 2026-2030 bagi pembangunan teknologi, operasi efisyen, dan tadbir urus organisasi.
  • Pelan tersebut menekankan empat teras utama termasuk pendigitalan, keselamatan infrastruktur ICT, pengukuhan infrastruktur aplikasi strategik, dan modal insan digital.
  • Kecerdasan buatan (AI) menjadi penekanan utama untuk meningkatkan automasi operasi, analisis data, serta mempercepatkan proses keputusan; SPPP juga fokus pada literasi digital dan AI dalam kalangan kakitangan.

Pelan tersebut bakal menjadi panduan utama pembangunan teknologi, kecekapan operasi dan tadbir urus organisasi bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata pelan strategik itu adalah kesinambungan kepada Pelan Strategik Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 2021-2025.
Katanya, ia dirangka untuk memastikan semua projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanakan secara bersepadu serta mencapai keberkesanan yang maksimum.
"Strategi pendigitalan akan digerakkan melalui empat teras utama iaitu melaksanakan dan membudayakan pendigitalan, meningkatkan keselamatan infrastruktur ICT, pengukuhan infrastruktur dan sistem aplikasi startegik, serta pengukuhan modal insan digital yang kesemuanya bertujuan memodenkan sepenuhnya sistem operasi pelabuhan.
"Kecerdasan buatan (AI) akan menjadi teknologi utama dalam menjayakan pelaksanaan strategi ini kerana AI bukan sahaja mampu meningkatkan automasi operasi dan keupayaan analisis data, malah mempercepatkan proses membuat keputusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata suruhanjaya tersebut akan terus memperkukuh literasi digital dan AI dalam kalangan kakitangan bagi membentuk budaya organisasi yang lebih inovatif, tangkas serta berdaya saing.
Yeoh turut menjelaskan dengan pelancaran pelan strategik baharu itu, semua pegawai SPPP perlu bersedia menghadapi cabaran transformasi pada tahap lebih tinggi, selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital MyDIGITAL negara serta agenda pendigitalan negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata proses transformasi digital akan berdepan cabaran seperti keselamatan siber dan kekangan bajet, justeru SPPP akan menanganinya melalui dasar keselamatan yang ketat, pelaksanaan berperingkat serta komunikasi yang berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#keselamatan siber
#transformasi digital
#fasa baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan