Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa pihaknya bertindak menurunkan bahan kempen yang dipasang oleh calon Barisan Nasional (BN) , Datuk Lokman Noor Adam bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.49 Sungai Kandis.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Haji Mahmood berkata tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti didakwa, malah Lokman juga turut menggangotai PPKPR.
BACA: PRK Sungai Kandis: Calon BN yakin ada kelebihan tersendiri beri saingan
“SPR menafikan dakwaan yang dibuat Lokman bahawa SPR telah bertindak menurunkan bahan kempen yang dipasang oleh calon berkenaan kerana dianggap menimbulkan perasaan tidak selesa kepada pihak lain.
“Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti yang didakwa, malah wakil calon parti berkenaan juga turut menganggotai PPKPR yang diwujudkan oleh SPR itu,” katanya.
Lokman terdahulu mempersoalkan tindakan SPR yang didakwa mengarahkan sepanduk kempen parti itu diturunkan hari ini.
Calon BN tersebut dilaporkan berkata pihaknya menerima arahan itu daripada SPR pagi ini atas alasan paparan isi kandungan sepanduk berkenaaan dianggap menimbulkan 'perasaan tidak selesa' kepada pihak lain.
Pada PRK DUN Sungai Kandis yang bakal berlangsung 4 Ogos ini, yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Lokman Noor akan berdepan dua pencabarnya iaitu calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.
PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Bernama
Mon Jul 30 2018
Tiada sebarang tindakan penurunan bahan kempen tersebut dibuat oleh Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) seperti didakwa. -Gambar hiasan
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).