PASIR GUDANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berani, berwibawa dan tidak hanya berpihak kepada kerajaan pada setiap kali pilihan raya diadakan.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SPR juga perlu bebas dan lebih aktif melakukan pelbagai usaha bagi memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.
"Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam PRN sebelum ini terlalu memihak kepada kerajaan, maknanya SPR tidak ada kekuatan untuk beri teguran dan pastikan pilihan raya itu bebas dan adil.
"Tugas SPR bukan sahaja ikut peraturan-peraturan kecil, ini suruh daftar pengundi Singapura pun tidak ada. Tiada usaha selain penjelasan biasa.
"Tugas SPR adalah mencari jalan, menyediakan kemudahan dan memudahkan orang keluar mengundi, bukannya bekerja sambil lewa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kawasan zon tengah dan zon timur di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru di sini pada Sabtu.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, SPR sebelum ini juga tidak berusaha melaksanakan Undi18 sehingga PH memberi kata dua untuk menarik diri daripada memorandum persefahaman (MoU) antara pembangkang dan kerajaan.
"Apa yang berlaku itu merupakan antara faktor yang menyebabkan sistem demokrasi terus tercemar dan rosak di negara ini.
"Selama puluhan tahun demokrasi kita rapuh dan tercemar, banyak tonggak demokrasi itu dirosakkan.
"Media tidak bebas sepenuhnya, media alternatif ada tetapi media arus perdana seperti televisyen masih dikuasai kerajaan," katanya.
Beliau menegaskan, pembangkang juga masih tidak diberi ruang dalam media arus perdana seperti dijanjikan.
"Sebelum ini semasa saya bertemu Perdana Menteri, beliau telah dijanjikan calon pembangkang bagi pilihan raya akan diberi ruang dalam media yang dikuasai kerajaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 19 2022
Anwar berkata, SPR juga perlu bebas dan lebih aktif melakukan pelbagai usaha bagi memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. -Gambar fail/BERNAMA
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri melebihi jangkaan SPR apabila 68.21 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga 3 petang.
PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan
Peratusan keluar mengundi warga emas dan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.