awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR: Status pemantau antarabangsa belum muktamad

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2013
15:15 MYT
SPR: Status pemantau antarabangsa belum muktamad
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menerima pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-13 dan pelantikannya sedang diuruskan oleh Wisma Putra.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kedudukan rasmi mengenai pemerhati antarabangsa itu akan diumumkan selepas ada keputusan yang muktamad mengenainya.
"Kalau ada keputusan muktamad mengenai pemerhati antarabangsa kita akan umumkan secara rasmi. Tapi pada dasarnya, InsyaAllah, kita akan ada juga pemerhati dari luar negara khasnya dari negara Asean. Ini diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri,'' katanya kepada pemberita di Kuching.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan surat pelantikan pemerhati tempatan PRU-13 bagi negeri Sarawak.
SPR melantik secara rasmi lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak sebagai pemerhati pada PRU-13 bagi membantu memastikan perjalanan pilihan raya dijalankan dengan lebih baik dan telus.
"Kita berharap dengan cara ini perjalanan pilihan raya kita bertambah transparent, bertambah baik dan dipandang oleh orang luar," katanya.
Lapan NGO ini akan disertai oleh lima NGO yang akan memantau perjalanan PRU-13 di Semenanjung dan tiga di Sabah.
Abdul Aziz menjelaskan, Sarawak mempunyai bilangan pemerhati yang lebih besar kerana saiz negerinya yang luas serta sistem perhubungan dari satu tempat ke satu tempat yang mungkin memerlukan masa dua atau tiga hari.
Jelas beliau, SPR juga membahagikan kawasan pemantauan kepada tiga zon iaitu Kuching, Sibu dan Miri bagi membolehkan pasukan pemantau berkenaan memberikan fokus.
Jelas Abdul Aziz, semua NGO terlibat diminta mengemukakan nama petugas dalam masa tiga dan setiap NGO hanya boleh melantik tiga petugas untuk satu kawasan Parlimen dalam zon tersebut.
Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu SPR memperuntukkan RM78 juta untuk mengendalikan PRU-13 di Sarawak.
Ia merupakan jumlah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain setelah mengambil kira saiz kawasan negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
#tan sri abdul aziz mohd yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan