awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR tetap tarikh PRK Dun Pengkalan Kubor selepas terima surat Speaker

Bernama
Bernama
20/08/2014
11:54 MYT
SPR tetap tarikh PRK Dun Pengkalan Kubor selepas terima surat Speaker
Pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari dari tarikh kekosongan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN.
Pengarah SPR Kelantan Mohamad Mahmud berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selepas surat itu diperolehi.
"Kita tunggu dulu makluman mengenai kekosongan itu secara rasmi daripada speaker DUN Kelantan(Abdullah Ya'kub).
"Pilihan raya kecil perlu diadakan 60 hari dari tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.
Allahyarham yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada 5.45 pagi.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Topic Berkaitan
#kerusi
#Mohamad Mahmud
#Pengkalan Kubor
#PRK
#Speaker DUN
#SPR
#surat makluman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan