Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan ranking kementerian berdasarkan isu rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata ranking tersebut yang telah siap dan mendapat pengesahan daripada pakar-pakar terlibat, akan diumumkan kepada orang ramai pada November atau Disember ini.
"Ini dibuat supaya setiap kementerian ada ruang untuk berusaha membaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan mereka dalam ranking itu.
"Ranking itu nanti ada senarai 10 kementerian teratas yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih," katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), di sini hari ni.
Katanya ranking itu akan dikeluarkan setiap tahun dan akan diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.
Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai kementerian paling bermasalah, dan berkata hanya akan memaklumkan perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.
Menurutnya ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana ia telah diamalkan di luar negara antaranya di Korea Selatan.
Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementerian, agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanakan ikrar itu.
"Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak untuk memastikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Mengulas IBR oleh MPIC, Dzulkifli berkata setakat ini SPRM tidak menerima banyak aduan mengenai kementerian itu dan termasuk antara kementerian yang tidak berisiko tinggi dari segi isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam pada itu, Menteri berkenaan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pelbagai peruntukan yang diamanahkan kepada kementeriannya seperti Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM261 juta dan RM130 juta bagi skim tanam semula getah perlu diuruskan dengan penuh amanah agar tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi.
Justeru, katanya IBR kementerian itu adalah satu manifestasi seluruh warganya serta agensi-agensi dan majlis-majlis di bawahnya dalam menolak amalan rasuah.
"Kerajaan akan terus komited, sekiranya terdapat mana-mana individu atau kumpulan dalam MPIC, agensi atau majlis yang tidak berintegriti dan tidak bebas rasuah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.
Menurut Mah tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut proses undang-undang bagi membendung persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap kementeriannya dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
DZULKIFLI: Ranking itu nanti ada senarai 10 kementerian teratas yang bermasalah.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.