BISNES
Kerjasama strategik SF-KPF pacu transformasi teknologi hijau sektor perladangan

Sustainable Future Sdn Bhd, syarikat bersekutu di bawah Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) mengorak langkah besar dalam pemerkasaan teknologi hijau. - Foto SF
KUALA LUMPUR: Sustainable Future Sdn Bhd (SF), syarikat bersekutu di bawah Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), melangkah setapak lagi dalam memperkasa teknologi hijau menerusi pelaksanaan model pengurusan baharu di sektor perladangan FELDA.
Ringkasan AI
- Pengurusan Hijau di FELDA: Sustainable Future Sdn Bhd (SF) diberi tanggungjawab mengurus PMS Damar Berkat dengan pendekatan teknologi hijau dan moden.
- Empat Teras Hijau Utama: Penggunaan lori elektrik, tenaga boleh diperbaharui (BESS), pengurusan sisa bersepadu, dan pelaksanaan kredit karbon menjelang 2026.
- Pulangan Lebih Adil Kepada Peneroka: Transaksi BTS kini digital dan telus, dengan harga lebih tinggi daripada pasaran luar untuk meningkatkan hasil peneroka.
“Perjanjian ini membuka ruang untuk kami membina ekosistem hijau, yang bukan hanya berdaya saing dan moden, malah membawa pulangan yang lebih tinggi kepada peneroka serta mengurangkan kebergantungan kepada sistem lama yang penuh ketirisan," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebagai langkah awal, SF menjelaskan semua penghantaran buah tandan segar (BTS) di PMS Damar Berkat akan menggunakan lori elektrik (EV).
Katanya, pergerakan kenderaan tersebut dipantau melalui sistem Fleet Management System (FMS) secara masa nyata bagi memastikan keberkesanan logistik dan penjimatan tenaga yang optimum.
“Transaksi BTS juga kini dilaksanakan secara digital, menggantikan sistem lama yang terlalu bergantung kepada peraih luar dan sukar diaudit. Kaedah ini membolehkan pemantauan lebih telus serta pengesahan terus kepada peneroka tentang kuantiti dan harga yang diperoleh.
“Harga BTS yang kami tawarkan lebih tinggi daripada pasaran luar, kerana kami mahu peneroka mendapat pulangan lebih baik hasil mereka. Ini juga salah satu cara kami membina semula kepercayaan dan menjadikan sistem ini lebih adil,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, syarikat itu menambah pembangunan tenaga boleh diperbaharui dipergiatkan melalui pemasangan lampu jalan solar serta pembinaan ladang solar bersepadu yang disokong oleh BESS.
Menurutnya, kerjasama bersama KPF membolehkan pelaksanaan perkara berkenaan berjalan dengan kemas dan tersusun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami