awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM akan panggil Guan Eng berhubung isu banglo

Bernama
Bernama
17/04/2016
13:30 MYT
SPRM akan panggil Guan Eng berhubung isu banglo
MUSTAFAR: Bahagian Operasi akan menentukan masa sesuai untuk memanggil Guan Eng.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan pihaknya akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung siasatan pembelian banglonya di George Town berharga RM2.8 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata hari ini perancangan sudah dibuat untuk memanggil Guan Eng bagi membantu dan melengkapkan siasatan.
"Bahagian Operasi akan menentukan masa sesuai (memanggil Guan Eng)," katanya ringkas.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan SPRM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini.
Hadir sama di majlis itu, Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh.
Mustafar menjawab pertanyaan bila Guan Eng akan dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan banglo tersebut dikatakan dibeli di bawah nilai pasaran.
Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan SPRM memulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenainya.
Nilai pasaran banglo di Jalan Pinhorn, George Twn itu dianggarkan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Bagaimanapun selepas hampir sebulan siasatan, beliau masih tidak dipanggil untuk memberi keterangan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#isu banglo Guan Eng
#Lim Guan Eng
#siasatan isu banglo
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan