Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawai di Cameron Highlands bagi meningkatkan pemantauan secara dekat di lokasi berkenaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia sekali gus dilihat dapat meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah dapat ditangani secara holistik.
"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM dan memberi sokongan padu bagi menangani isu serius di kawasan tersebut.
"Sementara penempatan pegawai secara tetap di kawasan Cameron Highlands diluluskan oleh kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya di kawasan itu secara sementara secepat yang mungkin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Mohd Shukri, walaupun pihaknya menerima aduan dan maklumat dari semasa ke semasa, SPRM menghadapi masalah kekurangan bukti yang kukuh.
"Disebabkan kekurangan bukti walaupun menerima maklumat daripada orang ramai, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan telah menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti punca-punca yang membawa kepada isu di Cameron Highlands.
"Susulan 12 cadangan yang dikemukakan, SPRM juga ada menerima pandangan daripada orang ramai agar SPRM membuka pejabat yang khusus di Cameron Highlands bagi memantau dakwaan elemen rasuah dengan rapi,"jelasnya.
Ujarnya, salah satu isu yang dikenal pasti oleh SPRM ketika menjalankan pemeriksaan sejak Mei 2013 ialah tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berkenaan aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah.
Katanya lagi, SPRM turut menyambut baik langkah penyelesaian yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Kabinet.
"Kita turut menyambut baik kenyataan Kerajaan Negeri Pahang bahawa pihaknya akan melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh SPRM bagi menangani isu Cameron Highlands. Beberapa syor yang dikemukakan oleh SPRM telah pun diambil kira oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk dilaksanakan.
"Pendirian Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan ini menunjukkan bahawa isu Cameron Highlands memerlukan pendekatan holistik dan kerjasama padu semua pihak, bukan hanya di pihak SPRM semata-mata," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, SPRM akan meneruskan siasatan susulan aduan dan maklumat yang diterima dari semasa ke semasa.
"SPRM telah, sedang dan akan terus menjalankan salah satu fungsi utamanya iaitu menyiasat setiap kes rasuah.
"SPRM pernah membawa kes rasuah di Cameron Highlands ke mahkamah, di mana pada tahun 2013 SPRM telah mendakwa peneroka haram yang cuba memberi sogokan kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands," ujarnya.
Kata Mohd Shukri, pihaknya juga akan terus meningkatkan pendekatan pengesanan jenayah rasuah dengan kerjasama agensi-agensi lain di Cameron Highlands.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan kementeriannya mengenai punca kebanjiran ribuan pekerja asing di Cameron Highlands mendapati wujudnya penipuan sindiket pekerja berkenaan yang berleluasa sejak kebelakangan ini.
Lantaran itu tegasnya, agensi-agensi di bawah kementerian telah dikerah menjejaki ejen sindiket terlibat yang dipercayai menawarkan pelbagai pekerjaan bagi menipu pekerja asing.
Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands pada awal November, lima mangsa termasuk warga asing terkorban manakala lima lagi cedera.
Astro Awani
Sun Nov 16 2014
MOHD SHUKRI: SPRM akan tempatkan pegawai di Cameron Highlands - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM
Keterangan beberapa saksi sedang diambil sebelum pihaknya memanggil Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu.
Menteri Islam British letak jawatan ekoran polisi Gaza
Menteri Islam pertama Kabinet British meletak jawatan ekoran polisi kerajaan berhubung situasi di Gaza