awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/08/2015
09:31 MYT
SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali
MUSTAFAR: Kerja-kerja dalam soal siasatan akan diteruskan seperti biasa. - Foto Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan semua siasatan dengan bebas, telus dan profesional selepas dua pegawai kanannya dikekalkan di suruhanjaya itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali menyifatkan pembatalan pertukaran mereka ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa merupakan satu keputusan yang baik dan sangat wajar.
Beliau turut mengesahkan, dua pegawai kanannya iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob akan kekal pada jawatan masing-masing.
"Kerja-kerja dalam soal siasatan akan diteruskan seperti biasa. Dengan Pengarah itu masih dekat situ dan tindakan-tindakan pelaksanaan kerja oleh SPRM yang bebas telus dan profesional akan berjalan seperti biasa," ujar Mustafar ketika ditemui media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Beliau bagaimana tidak memberi perincian berkenaan siasatan yang dimaksudkannya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan sebelum ini, sejurus selepas Ali membuat pengumuman berkenaan, Mustafar menyambut baik pembatalan pertukaran dua pegawai kanan suruhanjaya itu ke JPM.
"SPRM ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta semua pihak yang terlibat dalam hal berkenaan.
"SPRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 dan aspirasi suruhanjaya tersebut," katanya
Sementara itu, Bahri dan Rohaizad yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM hari ini enggan mengulas lanjut berhubung pembatalan pertukaran mereka ke JPM.
Bahri adalah antara individu penting dalam siasatan terhadap akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dr Ali Hamsa
#Mohamad Zabidi Zainal
#Mustafar Ali
#Najib Razak
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan