awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM bekukan wang simpanan RM23 juta, sita 13 kereta mewah termasuk Lamborghini

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2015
11:49 MYT
SPRM bekukan wang simpanan RM23 juta, sita 13 kereta mewah termasuk Lamborghini
Setakat ini, SPRM telah membekukan wang dalam simpanan sebanyak RM23 juta, termasuk nilai saham lebih RM5 juta.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan wang dalam simpanan sebanyak RM23 juta selain menyita sebanyak 13 buah kereta mewah termasuk model Lamborghini dalam siasatan berhubung kes melibatkan pembekalan barangan dan peralatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.
“Setakat ini, SPRM telah membekukan wang dalam simpanan sebanyak RM23 juta. Nilai ini termasuklah saham lebih RM5 juta. Wang tunai lebih RM200,000 juga dirampas. Lebih 240 akaun bank turut dibekukan,” ujar Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam satu kenyataan media.
Selain menyita 13 buah kereta seperti Lamborghini, BMW, Mercedes-Benz dan Audi juga disita, operasi SPRM tersebut juga telah merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant.
Mohd Jamidan turut mengesahkan penahanan seramai 16 orang bagi membantu siasatan dalam kes tersebut. Daripada jumlah itu, enam orang merupakan anggota TLDM manakala bakinya ialah orang awam yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan dan orang tengah.
“Pegawai dan anggota TLDM terdiri daripada pegawai yang berpangkat Kapten, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan,” ujar beliau.
Kesemua mereka ditahan pada 9 dan 11 Mac 2015 di Kuala Lumpur, Manjung, Ipoh dan Lumut. Mereka telah dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sehingga kini, siasatan berkenaan perkara tersebut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#Mohd Jamidan Abdullah
#SPRM
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan