SHAH ALAM : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau perbuatan rasuah ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, menerusi aduan dan bahan bukti berupa rakaman video yang berlaku di sebuah daerah di Terengganu, SPRM telah melakukan siasatan ekoran dakwaan pemberian wang tunai kepada pengundi sebagai 'umpan undi'.
Beliau berkata, berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, menjadi satu kesalahan untuk memberi sebarang bantuan kewangan sepanjang kempen pilihan raya kerana ia boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk rasuah.
Tegas beliau, meskipun ada parti politik menyatakan bantuan kewangan yang diberikan kepada orang ramai adalah berupa sedekah, namun pemberian tersebut tetap satu unsur rasuah seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Ya benar ada pihak menyatakan ia sebagai satu sedekah kepada orang ramai, namun tetap (menjadi) satu bentuk kesalahan iaitu memberi rasuah berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Oleh yang demikian, SPRM telah bertindak membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut setelah menerima aduan semasa dan selepas pilihan raya.
"Proses siasatan juga dilakukan bagi apa jua kes yang dirujuk kepada kami di SPRM," katanya pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkenaan petisyen difailkan UMNO Terengganu, bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.
Abdul Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula menegaskan, pemberian duit semasa kempen pilihan raya adalah bergantung kepada niat dan tujuan seseorang itu.
Kata Hamzah, tidak sepatutnya memfokuskan kepada pemberian, namun punca duit itu diberikan.
Mengulas lanjut Azam berkata, apa sahaja bentuk pemberian yang dihulurkan dengan tujuan memperoleh balasan walaupun tanpa menyatakan sebarang tujuan secara khusus, tindakan itu tetap menjurus kepada perbuatan berunsur rasuah.
Beliau berkata, meskipun pelbagai alasan diberikan menyatakan pemberian itu bersifat sedekah atau sumbangan, namun perbuatan memberikan wang pada masa berkempen adalah tidak kena pada tempat dan tempoh masa.
Tambah beliau, perkara tersebut jelas bertentangan dengan akta yang ada, meskipun pelbagai istilah boleh diguna pakai oleh orang ramai bagi menutup perbuatan berupa 'suapan' kepada pengundi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023

Azam berkata, SPRM telah melakukan siasatan ekoran dakwaan pemberian wang tunai kepada pengundi sebagai 'umpan undi'. - Gambar fail

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

SPRM buka kertas siasatan libat 'sedekah' PRU15
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau perbuatan rasuah ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran
Bukan hanya libatkan pemberian wang semata-mata tetapi jamuan dan tiket juga dikira elemen rasuah membeli undi.

Jangan salah guna maksud sedekah - MB Perak
Bila dengar orang susah, tidak kira musim, mereka perlu dibantu, bukan hanya masa pilihan raya baru nak berbudi.

'Sedekah' untuk dapat undi pilihan raya itu rasuah - Anwar
Anwar menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah.