awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2017
09:38 MYT
SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak
Sabri dicari untuk kes melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014. -Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi mengesan Pengarah Syarikat Semarak Sinergi Sdn. Bhd. yang juga merupakan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Perak, Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan satu kes rasuah di mahkamah.
Dalam kenyataan media oleh SPRM pada Selasa, pihak SPRM memberitahu, individu berkenaan terbabit dengan kes melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan yang berlaku pada tahun 2014.
"Sabri yang memegang kad pengenalan bernombor 701117-08-6285 mempunyai alamat terakhir di No 11, Jalan SCI 3/12, Garden Villa, Bandar Baru Sunway, Tambun, Ipoh.
"Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat dan mengenali Sabri diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd Zulfadhli Mohamad Yusof di talian 03-88867094 atau 018-2303110," jelas kenyataan terbabit.
Topic Berkaitan
#Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
#DPMM
#Sabri Ahmad Tah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan