MALAYSIA
SPRM cadang perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiar secara langsung
Tan Sri Azam Baki berkata ini kerana ada segelintir pihak menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta yang didedahkan di mahkamah sehingga menyebabkan berlaku tohmahan-tohmahan tidak sepatutnya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ini kerana ada segelintir pihak menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta yang didedahkan di mahkamah sehingga menyebabkan berlaku tohmahan-tohmahan tidak sepatutnya.
"Antara cadangan adalah untuk membenarkan penstriman langsung perbicaraan kes rasuah supaya orang ramai dapat mengikuti prosiding secara telus, jika ini dilaksanakan ia menunjukkan ketelusan kerajaan dan orang ramai boleh menilai sendiri perjalanan kes tersebut," kata beliau pada sesi khas bersama media di sini hari ini.
SPRM turut mencadangkan supaya lokap agensi penguat kuasa di seluruh negara dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan ketelusan dan menangani isu salah laku.
Azam berkata ini kerana wujud aduan mengenai isu rasuah, ketidakpatuhan serta kelemahan dalam pemantauan di lokap-lokap agensi penguat kuasa yang masih menggunakan CCTV lama.
"CCTV amat penting untuk memastikan akauntabiliti, CCTV yang ada sekarang banyak yang telah ketinggalan zaman dan berbentuk stand-alone dan tidak disambungkan ke pusat kawalan.
"Pada masa ini, CCTV canggih yang lengkap dengan teknologi AI amat diperlukan untuk memantapkan proses pemantauan dan akauntabiliti di lokap," katanya
-- BERNAMA