awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik - Shahrir

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2017
06:57 MYT
SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik - Shahrir
SHAHRIR: Mesejnya adalah jelas.
Tindakan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kes skandal rasuah berkaitan hartanah negeri Johor bukan bertujuan politik.
Ia adalah mesej kerajaan supaya semua rakyat termasuk kakitangan kerajaan menjauhi amalan rasuah.
Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata tindakan SPRM sebagai agensi kerajaan adalah jelas iaitu sesiapa yang melakukan rasuah akan ditangkap dan dikenakan tindakan.
Katanya SPRM sentiasa membuat permerhatian dan tindakan yang dibuat adalah berdasarkan bukti dan bukan aduan daripada pembangkang.
“Hasutan tetap jadi hasutan sebab pembangkang akan menghasut.
“Tindakan ini dibuat agensi kerajaan. Jadi, ini mesej dari Barisan Nasional iaitu semua (pihak) jangan buat (terlibat rasuah), nanti kena tangkap.
“Yang mustahak itu tindakan (tersebut) bukan bertujuan politik. Hanya pihak politik terutama pembangkang akan ikut suka untuk spin (putar belit)," ujar beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepercayaan rakyat Johor terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri itu selepas kes skandal rasuah yang membabitkan penukaran status hartanah Johor didedahkan.
Tambah Shahrir, penyiasatan terhadap kes tersebut perlu diteruskan.
Pada 24 Februari lalu, SPRM menahan kesemua suspek kerana disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan pertukaran status premis di Johor.
SPRM juga membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta serta merampas 21 buah kereta mewah, lima buah motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM500,000 termasuk mata wang asing serta dokumen untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#BNBBC
#politik
#rasuah hartanah johor
#SPRM shahrir abd samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan